Hirarki Artikel
Artikel: Informasi Terkini
Air Suam.

Mengapakah kita digalakkan merendam kaki di dalam air suam sebelum tidur?


Calling for Pokok Sena Science School Old Mates

Dear all,

It have been almost 16 years since Pokok Sena Science School established in year 1995. Right now, we are in the implementation of various transformation program to re-brand the fellowship.

 

I am calling ex-students of Pokok Sena Science School to unite under “Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena”.


Kontroversi klon manusia
Kontroversi klon manusia
Berita Harian, 6 Jan 2003
Oleh Salina Abdullah


Loji nuklear negara beroperasi 2030

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) menjangkakan loji janakuasa nuklear pertama di negara ini bakal beroperasi sepenuhnya pada 2030 bagi memastikan pihak kerajaan serta masyarakat bersedia sepenuhnya untuk menggunakan tenaga itu.

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) menjangkakan loji janakuasa nuklear pertama di negara ini bakal beroperasi sepenuhnya pada 2030 bagi memastikan pihak kerajaan serta masyarakat bersedia sepenuhnya untuk menggunakan tenaga itu. - See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/inovasi#sthash.MWCMLtTE.dpuf

Permata 'Blue Moon' catat rekod dunia dilelong RM208j 6

GENEVA: Permata berbentuk luar biasa 12.03 karat dikenali "Blue Moon" mencatat rekod harga tertinggi dunia AS$48.4 juta (RM208.12 juta) dalam satu lelongan di Geneva hari ini. Firma lelongan Sotheby berkata, permata yang disifatkan pakar sebagai 'tiada cacat celanya dan mengusik jiwa' itu dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dari Hong Kong, yang terus memberikan nama baharunya sebagai "The Blue Moon of Josephine".

 


PPSMI dimansuh?
Hasil perbincangan kerajaan mengenai PPSMI

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada tarikh 21.5,semua tenaga pengajar telah diraikan oleh pelajar-pelajar Saina sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolahyang bertemakan Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.Segala acara telah direncana sempurna oleh pelajar tingkatan 5, Eminent 0711.Namun,keadaan hujan pada siang harinya telah membuatkan segala aktiviti luar terpaksa dibatalkan.Walau bagaimanapun,segala sambutan telah diadakan di dalam dewan yang telah dihias cantik bertemakan "universe".Majlis telah dimulakan dengan bacaan perutusan daripada Perdana Menteri,Pengarah Pelajaran Malaysia.Semua guru telah diraikan dengan jayanya di dalam dewan.Pelbagai aktiviti dan persembahan telah dipersembahkan kepada guru Saina.Majlis penyampaian juga tekah diadakan sempena mengingati sumbangan besar dalam bidang pendidikan.Smoga dengan sambutan ini dapat mengeratkan lagi hubungan warga Saina dan meningkatkan iltizam guru-guru untuk mendidik pelajar yang mampu menjadi pemimpin masa hadapan.Akhir kata,SELAMAT HARI GURU.


Score A Programme Pendidikan Alternatif Melalui Internet

TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.

Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.

Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.

Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Penasihat portal pendidikan Score A Programme, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.

“Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,’’ ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.

“Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet,’’ ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Menurut Sazarina, Score A Programme ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.

“Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A Programme ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan,’’ jelasnya.

Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.

Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.

“Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingkatan tiga. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif,’’ katanya.

“Dengan mengikuti Score A Programme ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,’’ jelasnya lagi.




Video Game Addiction
Video Game Addiction among kids.