Hirarki Artikel
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Kiriman  journalist journalist Kirimanpada  15-10-2015 12:55 15-10-2015 12:55 313  Baca 313 Baca  0 Komen 0 Komen
printer

RASIONAL

 
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:
 
1.  Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah Terbaik
 
Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan   sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum,  pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
 
2.  Menghasilkan Murid Cemerlang
 
Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya   menjadi personaliti  unggul dalam semua bidang yang diceburi.
 
3.   Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam Sistem
 
Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan   kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.
 
 
PEMILIHAN
 
 1.  Saringan Pertama
 
Sekolah yang berada dalam Band Satu (1),  iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit  sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.
 
2.  Saringan Kedua
 
KPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan  penandaarasan.
 
 
 
3.  Saringan Ketiga
 
Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT.  Hanya  sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 peratus (%) dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 peratus (%) dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.
 
4.  Ganjaran
 
Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan  latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan (AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek:
 
- pengurusan kurikulum; pengurusan kewangan; pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi; dan pemilihan murid.

 

SENARAI SEKOLAH SBT

 

KOHORT 1

BIL

KATEGORI

 SEKOLAH

 1

 SBP

 The Malay College, Perak

 2

 SBP

 Sekolah Seri Puteri, Selangor

 3

 SBP

 Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

 4

 SBP

 Kolej Tunku Kurshiah, Seremban

 5

 SBP

 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor

 6

 SBP

 Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan

 7

 SBP

 Sekolah Tun Fatimah, Johor

 8

 SBP

 SM Sultan Abdul Halim, Kedah

 9

 SBP

 SMS Tuanku Syed Putra, Perlis

 10

 SBP

 SMS Muzaffar Syah, Melaka

 11

 SMH

 SMK (P) St. George, Pulau Pinang

 12

 SMH

 SMK (P) Sri Aman, Selangor

 13

 SMH

 SMK Sultanah Asma, Kedah

 14

 SMH

 SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

 15

 SK

 SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

 16

 SK

 SK Zainab (2), Kelantan

 17

 SK

 SK Bandar Baru Uda 2, Johor

 18

 SK

 SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur

 19

 SK

 SK Convent Kota. Perak

 20

 SK

 SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur

 

KOHORT 2

BIL

KATEGORI

 SEKOLAH

 1

 SBP

SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

 2

 SBP

Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R, Ipoh)

 3

 SBP

SBP Integrasi Gombak, Selangor

 4

 SBP

SM Sains Miri, Sabah

 5

 SBP

SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur

 6

 SBP

SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah

 7

 SBP

SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan

 8

 SBP

SM Sains Selangor, Kuala Lumpur

 9

 SBP

SM Sains Muar, Johor

 10

 SBP

SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pahang

 11

 SBP

SM Sains Tengku Abdullah, Pahang

 12

 SBP

SM Sains Tuanku Munawir, Negeri Sembilan

 13

 SBP

SM Sains Sabah, Sabah

 14

 SBP

SM Sains Kuching, Sarawak

 15

Komen
Tiada komen dihantar.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.