Hirarki Artikel
Hikmah 5 Jari
Kiriman  content_admin content_admin Kirimanpada  11-12-2007 09:47 11-12-2007 09:47 972  Baca 972 Baca  1 Komen 1 Komen
printer
Hikmah 5 Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia
ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat
lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah
fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah
daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan
yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga
tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di
usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya
iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabk an segala amalan
di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?

Naikkan kepada jari ketiga pula. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal
mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu
dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang
Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda
boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan
angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya
itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

wallahua'lam. .
Komen
488 #1 plotus2 pada 03 April 2008
wahh...suatu teks yg begitu bagus!! tabik spring la Wink
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 50% [1 Vote]
Very Good Very Good 50% [1 Vote]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]