September 10 2010 04:38:20
Navigasi
Pterocarpus Online
· Laman Utama
· Artikel
· Forum
· Galeri Foto
· Muat Turun
· Pautan Web
· Arkib Berita


Kenali SMSPS
· ALUMNI Saina
· Kenali SMSPS
· Lokasi Sekolah
· Carta Organisasi
· Doa Sekolah
· PIBG Saina
· Tenaga Pengajar
· Misi dan Visi Sekolah
· Lagu Sekolah
· Hubungi Kami
· Ikrar Sekolah
· Tokoh-tokoh SAINA
· Webteam
Pelawat Online
· Tetamu Online: 1

· Ahli Online: 0

· Jumlah Ahli: 777
· Ahli Terbaru: Marketing7
Artikel Terbaru
· Laman Web Rumah Puti...
· PPSMI Gagal Bentuk K...
· PPSMI dimansuh?
· Steve Jobs
· Calon SPM dihad ambi...
HARI PEMILIHAN ATLET
Pengumuman
Memandangkan Hari Pemilihan Atlet Balapan dan Padang semakin hampir, maka semua warga SAINA sedang sibuk melakukan persiapan. Terdapat pelbagai acara yang akan diadakan pada minggu ini bagi menghabiskan acara-acara yang memerlukan masa yang agak lama. Oleh itu, semua ketua rumah mula memilih atlet bagi mewakili rumah sukan masing-masing. Memandangkan pada tahun lepas rumah ANGSANA menjuarai KOT SAINA 2009, kita lihat pula tahun ini rumah sukan mana yang akan menjuarai HARI PEMILIHAN ATLET BALAPAN DAN PADANG 2010..ADAKAH ANGSANA?CENGAL?MERBAU?JATI?...kita tunggu dan lihat.. Jadi minggu ini saringan untuk acara-acara akan berlangsung...akhir kata...

MAJULAH PELAJAR SAINA UNTUK SEKOLAH TERCINTA..
MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
PengumumanAHAD,24 Januari 2010.Majlis pelantikan salah satu daripada 2 badan yang terpenting di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,Badan Dakwah Rohani Dan Ibadah(BADRI) telah selamat dijalankan.Alhamdulillah, seramai 17 orang telah mengangkat sumpah,setrusnya bersedia untuk memikul tugas dan tangggungjawab yang diberikan kepada mereka.Seterusnya disenaraikan nama dan jawatan yang disandang:

Ketua BADRI bagi 2010
-Muhammad Adafi Bin Azemi 5 Proactive

Timbalan 1
-Muhammad Ajmal Firdaus Bin Ali

Timbalan 2
-Siti Aishah Binti Abdullah

Setiausaha
-Muhammad Khairul Bin Romli

Penolong Setiausha
-Nur Syamimi Umirah Binti Ramli

Bendahari
-Muhammad Azrul Syafiq Bin Zainol Azhar

Penolong Bendahari
-Nur Aina Farhana Binti Fadzieli

MAJULAH BADRI DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA
Cuti Keputeraan Sultan Kedah ke-51
Pengumuman
Para pelajar SM Sains Pokok Sena dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari Khamis,14 Januari 2010.Semua pelajar akan pulang pada hari Ahad,17 Januari 2010.Dalam pada masa itu,Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 yang bermula pada Selasa,12 Januari 2010 akan diteruskan oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) tingkatan 5.Terima kasih kepada PRS tingkatan 5.
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1
PengumumanPada hari Isnin 11 Januari 2009, SAINA telah menerima seramai 121 orang pelajar baru yang terdiri daripada pelajar2 tingkatan 1. Selamat datang dan tahniah diucapkan di atas pencapaian UPSR yang cemerlang yang melayakkan mereka ke SAINA. Mereka tiba di bumi SAINA seawal jam 8. Diharapkan pelajar2 ini akan meneruskan legasi kecemerlangan SAINA di masa hadapan.

KEGEMILANGAN SEMUA BIDANG
PMR 2009
PengumumanSelamat kembali ke sekolah!

keputusan PMR telah diumumkan pada 24 Disember 2009

berikut adalah ranking SBP PMR 2009:


Selamat Tahun Baru 2010!
Pterocarpus Online

Pterocarpus Online Akhirnya Kembali!


Kami ingin memohon maaf atas kegagalan kami untuk terus berhubung dengan anda buat beberapa ketika sejak belakangan ini atas sebab² yang tidak dapat dielakkan. Kesulitan amatlah dikesali..

Selamat Tahun Baru 2010 kami ucapkan kepada semua warga SM Sains Pokok Sena serta para pengunjung yang setia mengunjungi laman web ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini memohon seribu kemaafan andai kata sepanjang tahun 2009 pihak kami telah melakukan perkara2 yang menyebabkan semua pihak tidak berpuas hati. Kami akui segala kelemahan yang terdapat pada diri kami ini dan kami akan sentiasa berusaha untuk mempertingkat mutu kerja kami bagi tahun 2010 ini.

Kami berharap agar semua warga SM Sains Pokok Sena mampu memperoleh kejayaan yang cemerlang sepanjang tahun ini demi memartabatkan nama sekolah sehingga menjulang di persada negara mahupun dunia. InsyaALLAH..

Dari meja Webmaster 2009,
Salam 1Malaysia
Selamat Tahun Baru

p/s : Tahun baru, azam baru.. Tunjukkan kebolehan yang ada pada diri supaya menjadi insan yang sentiasa mahu berubah dari masa ke masa demi kemajuan masa hadapan. Yakin dengan diri sendiri seiring dengan petunjuk Allah. Semoga beroleh kejayaan.. :)
Kejohanan Ragbi Milo Bawah 15 Tahun
AcaraPada tanggal 7 November 2009, SAINA telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan ragbi Milo Bawah 15 Tahun. sebanyak 16 pasukan telah dihantar dari pelbagai sekolah. antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

SAINA telah menghantar 3 pasukan ke kejohanan ini. SAINA "A" telah dinobatkan sebagai johan setalah menumbangkan pasukan dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim dengan mata 17-0. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ragbi SAINA.

SAINA akan mewakili kontinjen Kedah untuk ke peringkat kebangsaan bagi kejohanan ini yang bakal diadakan di Kelanatan. Sama-samalah kita berdoa untuk pasukan ragbi kita ini.

 "MAJULAH RAGBI UNTUK SAINA"
Pelajar Pulang Ke Asrama
PengumumanSeramai lebih daripada 600 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena diminta untuk datang semula ke asrama pada hari Sabtu, 26 September 2009. Diharap semua pelajar dapat menghadirkan diri semula ke asrama sebelum jam 6.00 petang.

Di samping itu, marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan salah seorang pelajar Tingkatan 3 yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa beliau baru-baru ini. Diharap semoga beliau cepat sembuh dan selamat pulang ke SAINA.


"SELAMAT MEMANDU DI JALAN RAYA"
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Majlis Berbuka Puasa Perdana
PengumumanPada hari ini, Khamis bersamaan 03 September 2009 akan diadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran bahagian Asrama Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Majlis ini bertempat di Dewan Makan Sri Jati SAINA. Seramai 636 pelajar SAINA bersama ahli Jawatankuasa bahagian asrama yang akan memenuhi dewan makan asrama pada hari ini. Turut dijemput guru-guru SAINA untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Majlis ini juga turut menjemput Tahfiz untuk berbuka puasa bersama-sama seterusnya menjadi imam bagi solat Sunat Terawih yang akan diadakan di Surau al-Fatonah SAINA.

Kami warga pengurusan Pterocarpus Online dan pihak Sekolah Menengah Sains Pokok Sena mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA sepanjang bulan Ramadhan kepada semua warga SAINA dan pengunjung Pterocarpus Online yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dan keampunan daripada Allah kepada kita semua. 
Ujian Pernilaian 2 2009
Ujian dan PeperiksaanUjian Penialaian 2 bagi tahun 2009 bermula pada hari ini,Ahad,16 Ogos 2009.Pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 mengambil kertas ujian yang pertama pada pagi ini.Ujian berlangsung di kelas masing-masing.Semoga para pelajar dapat menjawab dengan hati yang tenang dan bersedia.
Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah
PengumumanPada tanggal 12.8.2009 pelajar tingkatan 3 akan menghadapi percubaan PMR yang akan berlansung di Dewan Sri Angsana sehingga 20.8.2009.Semoga pelajar dapat menjawab dengan cemerlang.
Log Masuk
Kata Nama

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
Klik di sini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Minta kata laluan baru di sini.
Undian Ahli
Pada pandangan anda, apakah kekurangan yang terdapat pada laman web ini?











Anda mesti log masuk untuk mengundi.
Shoutbox
Anda mesti log masuk untuk menghantar mesej.

16/08/2010 17:31
ya.. cikgu mazinah dulu cikgu saya...

11/08/2010 12:01
selamat berposa....... Wink

31/07/2010 21:29
salam... maaf, bukannya niat menceroboh sekadar mencari kenalan lama Mazinah Rejab STJ batch 83 yg khabarnya mengajar disi.Kalau betul, Mazinah sila hubungi PakSu melalui fb.

25/07/2010 23:33

21/07/2010 07:32
X aktif, kurang promosi.

16/07/2010 22:34
bila larut malam.....

14/07/2010 16:27
jomla jenguk2 kolah skrg.... dh byk perubahan....

11/07/2010 21:32
rindu tul kat sekolah... dah 10 tahun tak jenguk sekolah.... Frown

10/07/2010 19:10
its look like this websites is not active as compared previously. hopefully the admin can improved it Smile

09/07/2010 15:43
salam... utk suma pelawat laman web ini, anda suma boleh melihat album terbaru batch 0812, EVOLUTION0812... Grin

Tempoh render: 0.04 saat 149,405 paparan Laman